Sunday, 30 September 2012

Refleksi kelas Komputer dalam pendidikan S1K5 minggu ke-3

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia....          

                Pada minggu ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugasan yang bakal diberikan. Tajuk tugasan yang kumpulan saya dapat adalah Netiqutte. ok. netiqutte ni merupakan satu etika berinternet yang mesti kita ikuti. Pada mulanya, saya tidak tahu -menahu pun berkenaan etika berinternet ni. kira dulu pakai hentam saja nak post email ataupun nak post sesuatu di internet. Tapi selepas dah lihat satu persatu etika ketika nak POST email, blog dan sebagainya membuatkan saya rasa "aduh!!! bodohnya aku sebelum ni".. hahaha. apa-apa pun. memang terbaik la bila dapat tajuk netiqutte nih. hehe

kalau nak tahu lebih lanjut pasal netiqutte ni, kena la follow perbincangan di FB group saya . klik disini.

Logo Dropbox

Contoh gambar Dropbox

Keduanya, berkaitan dengan Dropbox. baru la saya taw apa tu dropbox nih lepas explore . rupanya benda ni untuk kita berkongsi maklumat dengan orang lain dan juga kita boleh simpan maklumat yang kita buat. siap ada backup system lagi. maknanya apa saja yang kita upload dalam tu akan tetap disimpan di dalam tu. wah. hebat kan? hehehe


logo Google Docs 

Contoh perisian Google Docs.
Ok.seterusnya berkenaan dengan Google Docs (GD).
Apa itu Google docs?  Google docs merupakan satu perisian secara percuma yang membolehkan pengguna untuk membuat dan menyunting dokumen dalam talian sambil bekerjasama dalam masa nyata dengan pengguna lain. Maknanya kita boleh taip apa-apa dokumen atau tugasan dalam Google docs ni kemudiaannya kita save dalam tu. tapi dalam konteks pembelajaran, Google docs ini amat membantu pelajar khususnya mahasiswa universiti untuk menggunakan medium lain selain dari cara lama untuk menghantar atau untuk membuat tugasan. melalui Google docs ini juga, tugasan boleh dihantar kepada pensyarah mereka dengan mudah dan pantas.





Itu saja lah untuk minggu ini. Sekian dari saya.

Assalamualaikum ...

Wednesday, 19 September 2012

Refleksi kelas Komputer dalam Pendidikan S1K5 minggu 1 & 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada kelas pertama memang agak memeningkan sedikit, tapi alhamdulillah la. dapat menyesuaikan diri dengan banyak aplikasi-aplikasi maya yang baru dikenali.

aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas adalah dengan membina :

1) Email - yang terdiri daripada yahoomail dan juga Gmail..
2) Facebook
3) Blog - di blogspot.com
4) Yahoo group
5) Facebook group

memang amat mengujakan . haha. tetapi yang amat memeningkan sedikit adalah email "signature". hahaha.
memang perlukan banyak kesabaran. Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama membuat "signature". terdapat pelbagai kesalahan yang telah dibuat. Namun dengan tunjuk ajar dari Pensyarah, Alhamdulillah semua kerja jadi mudah dan menyeronokkan.


                                                Suasana sekitar sesi pembelajaran

                                           
                                          Amboi. bukan main kusyuk lagi belajar ek.. haha



                                         Gambaq diambil pun depa tak perasan. ish3. haha


                                           Kusyuk abg nih buat akaun YAhoo mail..


Memang happening kelas ni. haha. Santai dan menyeronokkan.

Sekian sahaja untuk minggu ini.

Assalamualaikum..