Thursday, 8 November 2012

Refleksi Pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan Minggu ke-9

Assalamualaikum, selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkongsi pengalaman apa yang dipelajari pada hari ini. Pada hari ini, kami diterangkan mengenai menganalisis data mengunakan kaedah menganalisis data kualitatif. Kualitatif ini lebih kepada penerangan mengenai sesuatu data tersebut dengan menggunakan ayat ataupun penceritaan.. Apa yang diperlukan adalah kata kunci bagi setiap isi-isi yang diperlukan dan dimasukkan kedalam rajah pokok.



Contoh Rajah Pokok


Kata Kunci






Ok.. seterusnya kita kepada contoh data kualitatif iaitu:
 - Data Temubual
 - Data Observasi
 - Cetakan daripada dokumen atas talian
 - Dokumen bertulis.

Terdapat perkara dalam coding iaitu

  - Analisis isi kandungan
 - Sorotan literatur
 - Tema yang sudah ada dalam soalan.

Setakat itu sajalah penerangan saya untuk minggu ini.. diharapkan pada minggu hadapan kita dapat berjumpa lagi.. Assalamualaikum..



                              FREE GAZA.. I'm Supporting Palestinian.. Say no to jeweish/ Israelian..

                                    May Allah save palestinian from being kill by Israeliaen!!!!




Please don't forget Syria and Palestine in our prayers!!

Wednesday, 7 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-8

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera dan salam 1Malaysia..


  
Statistical Product and Service Solution.    
  Pejam celik dah masuk minggu kelapan dah pun sekarang ini. Alhamdulillah pada minggu ini saya akan menerangkan berkenaan dengan SPSS. SPSS adalah singkatan bagi perkataan "Statistical Package for Science Social",  dan kemudiaannya diubah kepada "Statistical Product and Service Solution". ianya digunakan untuk menganalisa statistik.



     Pada minggu yang lepas , kami dikehendaki menggunakan SurveyMonkey untuk mencipta soalan kaji selidik berkenaan dengan tajuk tugasan kami iaitu Netiquette . Dengan menggunakan data yang telah diperolehi, saya telah  memperincikan data yang diperoleh tersebut dengan menggunakan aplikasi SPSS.  Terdapat 4 komponen aplikasi iaitu: . 
                        1) Script Editor
                        2) Data Editor
                        3) Syntax Editor 
                        4) Output Viewer

    Dengan menggunakan setiap aplikasi  ini , setiap data yang dikumpul bagi tujuan soal selidik dapat dilakukan dengan mudah dan terperinci .  Aplikasi SPSS ini dapat membantu pengguna untuk menganalisis data dalam jumlah yang banyak , tidak seperti SurveyMonkey yang terhad aplikasinya . SPSS ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan  Microsoft Excel dimana terdapatnya ruang bahagian baris dan lajur.  


Data Editor

            Data Editor ini merupakan sistem untuk kita Menentukan , Memasukkan , Menyunting dan Memaparkan data yang telah kita kumpul . Terdapat 2 komponen hamparan dalam Data Editor ini iaitu :    
  i) Data View  
  ii) Variable View

       Data View tersebut berfungsi untuk memaparkan data yang telah dibuat melalui Variable View. Data yang telah dikumpul dimasukkan ke dalam Data Editor melalui Variable View yang menggunakan aplikasi Dataset. Data yang dimasukkan adalah mengikut kepada tajuk-tajuk kolum yang telah sedia ada dalam Variable View tersebut . Tajuk-tajuk yang ada pada kolum-kolum tersebut seperti
 berikut :   
                          a) Name
                          b) Type
                         c) Width
                         e) Decimal
                         f) Label
                        g) Values

Data View
                         
   Setelah lengkap mengisi data terkumpul ke dalam Dataset , paparan tentang overall data dapat dilihat pada paparan Data View. Disini , segala maklumat dan persembahan data dapat dilakukan dengan lebih jelas dan menarik. 
      Dengan menggunakan menu Analyze  yang terdapat pada toolbar , kita dapat dapat menganalisis persembahan data tentang soal selidik yang dijalankan melalui SurveyMonkey dalam pelbagai bentuk seperti  table , histogram ,bar dan carta pai . 

                         
                                                                     contoh- contoh graf
                              
        Setakat itu sajalah penerangan saya untuk minggu ini. sekian.. Wassalam..

Buah Mengkudu dikait Dollah,
Dikutip pula oleh siti,
kalau ada silap dan salah,
mohon diampun menceriakan hati.

Sunday, 4 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-7

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada minggu ini, kelas tiada disebabkan oleh cuti hari raya haji. tetapi kami telah diberi tugasan untuk disiapkan sepanjang cuti tersebut iaitu membuat soalan kaji selidik berkenaan dengan tajuk tugasan yang telah diberikan pada minggu ke-3 di Survey Monkey.

ok.. apa itu Survey Monkey? Survey Monkey merupakan satu syarikat yang menjalankan pembangunan borang kaji selidik secara maya dimana ianya boleh digunakan secara percuma dan berbayar. Merupakan satu syarikat swasta yang mempunyai 185 org pekerja dan mempunyai cawangan di  Palo Alto, CaliforniaPortland, OregonSeattle, WashingtonLisbonSão Paulo, dan di Luxembourg dan mempunyai 12 juta pelanggan berdaftar.

Logo Survey Monkey.



Contoh muka depan



Sampai disini sahaja untuk minggu ini.. minggu hadapan saya update lagi.

Assalamualaikum...