Friday, 21 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-14

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia....

         Alhamdulillah, selesai sudah pembelajaran kami di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Fariza Bt Khalid yang telah banyak membantu dan membimbing kami sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung. Banyak input dan ilmu baru yang saya perolehi hasil daripada mengikuti kelas ini. Juga tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan sekelas yang "sporting" habis la dalam membantu saya menyiapkan tugasan saya. Juga ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Dr Siti Fatimah di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. 

    Pada minggu ini saya ingin berkongsikan hasil pembelajaran saya iaitu pengunaan Microsoft Excel dalam melakukan kerja seperti membina jadual, tujuan pembinaan penyata akaun dengan cara yang pantas dan mudah. Pada minggu ini juga, kami dikehendaki untuk menyiapkan satu data berkaitan dengan Markah Murid dan juga Penyata Akaun Kewangan Diri di dalam Spreadsheet Excel..


Contoh "spreadsheet" bagi Microsoft Excel 2007.












     Tugasan kali ini memerlukan kami untuk mngaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel ni contohnya seperti :

 Sum       - Jumlah
Max        - Markah Tertinggi
Min          - Markah terendah
Average   - Purata
STDev     - Sisihan piawaian
Median     - Titik tengah
Mode       - Mod
Countif      - Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
VLookup - Untuk menentukan gred

Penggunaan formula ini dapat membantu dalam memudahkan kerja guru nanti. contoh aplikasi ini dapat digunakan adalah selepas peperiksaan dimana guru-guru perlu untuk memasukkan data berkaitan dengan keputusan pelajar.

Hanya ini sahaja perkongsian saya pada kali ini, In sha Allah. mungkin selepas ini , blog ini juga akan saya gunakan untuk berkongsi akan ilmu-ilmu baru kepada anda semua. Sekian .. Wassalam...




















No comments:

Post a Comment