Thursday, 4 October 2012

Refleksi pembelajaran Komputer dalam pendidikan S1K5 minggu ke-4

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.....

      Pada minggu ini, kami didedahkkan mengenai Web 2.0. Apa tu Web 2.0?

Web 2.0
Ninnnnndiaaaa nak habaq kat hangpa semua!!!!!!
Twitter

Web 2.0 adalah pembaharuan aplikasi selepas Web 1.0. Web 2.0 merupakan satu rangkaian sebagai platform untuk perkongsian maklumat, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di internet atau World Wide Web ( Jaringan sejagat ). Isi Web 2.0 tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, tetapi pengunjung juga boleh mengendalikan web tersebut. Pengunjung juga dapat memberikan komen, saling berkomunikasi, memberikan pendapat dan banyak lagi. Web 2.0 merupakan interaksi sosial dan pertukaran data seperti rangkaian sosial Facebook, Twitter, Youtube, blog, wikipedia dan sebagainya.
Facebook
Blogspot.com
Wikipedia.com


Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang dicipta dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. Antara virus komputer yang popular ialah Trojan,Worm,Malware Rootkits dan lain-lain.Virus komputer ini bukan sahaja boleh menghilangkan data dan file dalam komputer kita malah boleh menyebabkan komputer kita rosak dan tidak tahan lama.Oleh itu kita sewajarnya mempunyai sistem 'anti virus' dalam komputer. Kaspersky,Avira,AVG dan Avast adalah antara contoh-contoh anti-virus yang boleh digunakan .  

kaspersky


AVG anti-virus








Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang virus komputer yang sering memasuki komputer kita.Antaranya :

Spyware - adalah aplikasi yang membocorkan data informasi kebiasaan atau perilaku pengguna dalam menggunakan komputer ke pihak luar tanpa kita sadari. Biasanya digunakan oleh pihak pemasang iklan. Jika kita melihat kejanggalan pada media penyimpanan seperti file bernama aneh yang tidak pernah kita buat atau file bukan jenis aplikasi / application tetapi mengaku sebagai aplikasi maka jangan kita klik, kita buka atau kita jalankan agar virus komputer tersebut tidak menular ke komputer yang kita gunakan.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail. 



Operating System Mari kita teroka apa itu operating system.Operating system ataupun OS merupakan sistem pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows,terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu.Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment