Thursday, 18 October 2012

Refleksi pembelajaran Komputer dalam Pendidikan minggu ke-6

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia..

       Alhamdulillah, masih sempat lagi untuk kita bertemu di minggu ke-6 ini dan seperti biasa... jeng je jeng.. ada la benda yang nak dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Pada minggu ini kelas kami diadakan dekat Perpustakaan Tun Sri Lanang atau lebih dikenali kat UKM nih sebagai PTSL. Sebelum kita mula cerita pasal pengisian kelas pada minggu ini, mari kita kenali dulu PTSL nih..

Perpustakaan Tun Seri Lanang perpustakaan kebanggaan UKM Bangi

Sejarah PTSL (UKM Bangi)

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sebuah perpustakaan akademik bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyediakan keperluan sumber maklumat dan ilmu warga UKM khasnya bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Ditubuhkan pada tahun 1970, perpustakaan ini dirasmikan sebagai PerpustakaanTun Seri Lanang pada 2 Julai 1980 oleh Canselor UKM kedua, DYMM Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Perpustakaan UKM yang pertama
Perpustakaan UKM ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM sendiri pada 18 Mei 1970 yang pada masa itu terletak di Lembah PantaiKuala Lumpur. Disamping itu, sebuah perpustakaan cabang khusus untuk koleksi Islam di kampus UKM Seksyen 17 Petaling Jaya juga telah diwujudkan dengan mengambil bangunan Kolej Islam Malaya. Pada tahun 1977, sebahagian perkhidmatan perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap UKM di Bangi dengan menggunakan aras 5 Bangunan Canselori, UKM sebelum berpindah ke bangunan tetap. Bangunan Perpustakaan di Bangi sekarang mula digunakan pada tahun 1978.

Ok. Kita dah taw serba sedikit sejarah penubuhan PTSL ni. jadi kita terus ke intipati refleksi ini okay? hehehe.

                Pada minggu ini, kami telah menghadiri satu Taklimat Perpustakaan di PTSL. antara "content-content" yang ada sewaktu pengisian tersebut adalah:

Sistem Gemilang

Sistem Gemilang ini merupakan satu pengkalan data bagi pencarian buku-buku di Perpustakaan Tun Seri Lanang ini. ianya akan memudahkan para pelajar dan kakitangan UKM untuk mencari bahan rujukan atau bahan bacaan.


Sistem Pencarian Buku di PTSL.

E-journal

Sistem e-journal ini disediakan kepada semua pelajar UKM dengan tujuan untuk memudahkan para pelajar untuk mencari rujukan berkaitan dengan Tesis dan juga pembelajaran mereka. antara capaian bagi pencarian jurnal yang telah disediakan oleh Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah seperti jetP,Ebscohost, Proquest dan lain-lain lagi.


  
Contoh-contoh Pengkalan data 

Pencarian artikel

Pencarian artikel boleh juga dibuat di dalam portal Perpustakaan Tun Seri Lanang dimana kita boleh ke capaian UKM Institutional Repository bagi artikel didalam bahasa inggeris dan UKM Journal Repository bagi artikel bahasa melayu yang ingin dicari.


Sekian saja penerangan saya pada minggu ini..

Assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment