Sunday 2 December 2012

Refleksi Minggu ke-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ini, kami diperkenalkan dengan bahan Multimedia di dalam pendidikan.. apa itu multimedia?
Perkataan multimedia sebenarnya merupakan gabungan dari 2 perkataan iaitu multi yang bermaksud kepelbagaian dan juga media yang bermaksud satu platform perhubungan. Apabila perkataan Multimedia digunakan, ianya lebih bermaksud kepada satu platform kepada kepelbagaian media. Seterusnya, mari kita lihat apakah elemen-elemen yang terdapat didalam multimedia.

Elemen-elemen dalam multimedia :

Elemen-elemen dalam multimedia
- video
- teks
- grafik
- audio
- animasi










Pada minggu ini, kami dikehendaki untuk meneroka 5 lagi aplikasi berkaitan dengan Multimedia. antaranya adalah seperti berikut iaitu:


1) Smart Art (terdapat didalam Microsoft Powerpoint)
2) Microsoft Paint
3) Open Office Draw
4) Google Draw
5) GIMP (GNU Image Manipulation Program)

Microsoft Paint
Microsoft Paint adalah satu perisian asas untuk melukis yang terdapat didalam perisian Microsoft.
ianya dapat menghasilkan pelbagai jenis file format bagi gambar. antaranya seperti format PNG, JPEG dan BMP.

Contoh- contoh file format
- JPEG
- BMP
- PNG
- GIF
- TIFF

Format fail-fail ini antara mempunyai kelebihan dan juga kekurangannya yang tertentu antaranya seperti fomat fail bagi Bitmap (BMP) yang mempunyai resolusi yang besar dan gambar yang berkualiti berbanding dengan fail format JPEG yang mempunyai kualiti yang rendah dan resolusi yang kecil.

GIMP
GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Ia sering digunakan sebagai perisian bebas photoshop penggantian untuk adob, paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam tulisan huruf demi huruf dan grafik; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Maskot projek ini diberi nama wilber.


logo bagi GIMP

CYMK & RGB


CYMK 
Seterusnya kami juga diberikan pendedahan mengenai satu lagi perisian yang mengambil singkatan bagi warna-warna asas. CYMK adalah singkatan bagi Cyan, Margenta, Yellow dan Key (hitam).


RGB
RGB juga merupakan singkatan bagi warna-warna asas disalam mewarna. R bermaksud Red (merah) G bermaksud Green (hijau) dan R untuk Red (merah). ini adalah warna-warna asas dalam dunia mewarna.


Sekian sahaja dari saya untuk minggu ini.. In sha Allah. minggu hadapan saya akan kongsikan pula mengenai bahan-bahan baru. Sekian terima kaseh..


Jauh merantau hingga broga,
Berhenti sebentar untuk bersugi,
Ilmu itu "harta" berharga,
In sha allah, minggu hadapan saya kongsikan lagi.


No comments:

Post a Comment