Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.....
Pada minggu ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai penggunaan hyperlink yang terdapat didalam perisian Microsoft Powerpoint. Pada minggu ini, kumpulan kami ditugaskan untuk membina dan menyediakan satu slide powerpoint yang turut memuatkan 4-5 soalan bertemakan dengan tajuk tugasan Netiquette. Di dalam slide ini juga, haruslah dititik beratkan mengenai penggunaan teknik-teknik yang membawa kepada persembahan slide yang menarik contohnya seperti penggunaan teknik CASPER ataupun GUI.
Semasa dalam proses penyediaan slide ini, kami didedahkan dengan penggunaan hyperlink yang membolehkan kita menghubungkaitkan antara satu slide dengan slide yang lain. dimana kita hanya perlu membina soalan dan kaitkan soalan itu dengan penggunaan hyperlink. ianya sangat mudah untuk digunakan.
Seterusnya saya akan memberikan langkah-langkah untuk pengunaan hyperlink ini didalam slide show.
Langkah - langkah untuk meletakan hyperlink didalam slide
1. Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin hubungkan kepada slide yang lain.
2. Klik pada butang 'insert'
3. Klik 'hyperlink'
4. Kemudian Klik 'place in this document'
5. Klik pada slide yang diingini
6. Kemudian Klik 'ok'
7. Dan selesai.
Hanya itu sahajalah perkongsian saya pada minggu ini. semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Assalamualaikum....
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Ilmu kita antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
No comments:
Post a Comment