Wednesday, 19 December 2012

refleksi minggu ke- 12

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

            Pada minggu ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua berkenaan dengan teknik CASPER dan GUI. apa itu CASPER ? okay casper yang dimamksudkan disini bukanlah karakter hantu comel yang sering dimainkan di panggung ataupun di media televisyen. tetapi merupakan satu teknik persembahan perbentangan slaid yang berkesan dan menarik. mari kita lihat apa yang terkandung didalam perkataan CASPER itu...

C - Contrast ( Perbezaan yang ketara)
A- Alignment ( Susunan yang lurus )
S- Simplicity ( Mudah )
P- Priximity ( Berhampiran )
E- Emphasis ( Penekanan )
R- Repetition ( Pengulangan )




Contrast/Perbezaan yang ketara ( C )


Pengguna perlu bijak dari segi penggunaan warna, latar belakang, gambar dan penggunaan unsur-unsur lain supaya penghasilan persembahan atau reka bentuk dapat menaik minat seseorang.

Alignment/susunan lurus (A) 

Prinsip ini digunakan agar item-item yang diletakkan dalam muka perisian tidak kelihatan janggal dengan menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Item yang yang diletakkan mestilah berkaitan dengan visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Simplicity/Mudah (S)


Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

Proximity/Berhampiran (P)


 Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Emphasis/Penekanan (E)


Pembinaan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Elemen yang digunakan mestilah elemen yang penting dan disarankan agar elemen yang digunakan tidak terlalu banyak bagi menarik perhatian pengguna kerana takut pengguna hanya fokus kepada elemen sampingan sahaja berbanding alemen yang ingin di sampaikan.

Repetition/Pengulangan (R)


Merupakan satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentaksir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna kerana pengguna lebih menyukai elemen-elemen multimedia kerana ia kelihatan menarik dan mudah difahami.







Okay, seterusnya adalah berkenaan dengan GUI. apa itu GUI? GUI adalah singkatan bagi Graphical User Interface ataupun Antara muka grafik pengguna . GUI ialah sejenis antara muka yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti elektronik seperti komputerperanti bimbitalatan rumah dan kelengkapan pejabat. Ciri utama yang ditawarkan dalam GUI ialah ikon-ikon dan penunjuk-penunjuk yang bersifat visual. Pengguna boleh melakukan tindakan dengan memanipulasikan atau mengolah unsur-unsur grafik ini. Antara kelebihan dan kekurangan penggunaan GUI adalah seperti :


Kelebihan GUI

Reka bentuk Grafik lebih menarik.
- GUI membolehkan user untuk berinteraksi dengan komputer secara lebih baik.
- Memudahkan pengguna
-Menarik minat pengguna.
-Memahirkan pengguna dengan cepat.
- jimat masa.

Kekurangan GUI

- Memakan saiz memori yang besar.
- Bergantung pada peranti keras.
- Memerlukan banyak tempat pada desktop komputer.
- Tidak fleksibel.

       Jadi hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. diharapkan anda semua akan memperolehi manfaat daripada pengisian ini.. 

Sekian Terima KAsih...

No comments:

Post a Comment